Kaori Resources
"Kualiti Setiap Rasa, Nilai Setiap Layanan."
Kini semuanya di hujung jari anda.
Mengenai Kaori Resources
Kaori Resources (SSM SA0559796-T) ditubuhkan pada tahun 2021 and berpusat di Sungai Petani, Kedah. Ianya diasaskan oleh Muhammad Syazwan Aliff pada 7 Februari 2021. Syarikat ini pada asalnya dikenali sebagai MS sebelum dijenamakan semula kepada Kaori bagi memperkukuh identiti jenama serta kepercayaan pelanggan di pasaran.
Bermula dengan penghasilan Cheese Powder sebagai produk pertama. Kaori Resources kini berkembang pesat sebagai pengeluar dan pengedar bahan makanan serta makanan sedia dimakan (ready to eat) yang menekankan aspek kualiti, kebersihan dan keaslian rasa.
Antara produk utama di bawah jenama Kaori termasuk Cheese Powder, Pekasam, Mushroom Seasoning dan Chocori. Setiap produk dihasilkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa pengguna dan mengekalkan keunikan rasa yang menjadi identiti Kaori.
Bagi memperluas cabang perniagaan, Kaori Solution telah ditubuhkan pada tahun 2024 untuk menawarkan perkhidmatan percetakan seperti Print A4, Banner, Bunting, Flyers, Sticker dan Namecard. Langkah ini membuktikan komitmen Kaori untuk terus berkembang sebagai jenama serba boleh.
Visi
Menjadi jenama tempatan terulung dalam penghasilan produk makanan yang inovatif dan berkualiti tinggi serta memberikan perkhidmatan unggul untuk semua lapisan masyarakat.
Misi
- Menawarkan harga yang berpatutan tanpa menjejaskan rasa dan mutu makanan.
- Memberikan perkhidmatan mesra, pantas dan profesional kepada setiap pelanggan.
- Menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan inovasi, kualiti dan kepercayaan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Produk & Perkhidmatan
Produk Kaori Resources
- Cheese Powder
- Pekasam
- Mushroom Seasoning
- Chocori
- Serbuk asam boi
Perkhidmatan Kaori Solution
Perkhidmatan Percetakan:
- Print A4
- Banner
- Bunting
- Flyers
- Sticker
- Namecard
Bekerjasama Bersama